Program / Aktiviti 2013
| No events |
SR Arab JAIM Pernu
[Bergambar] Latihan Dalam Perkhidmatan 2/2013
9 Mac 2013 : Bertempat di dataran SR Arab JAIM Pernu, telah berlangsung siri 2/2013 Latihan dalam perkhidmatan (LADAP). Majlis bermula jam 6.30 dengan makan malam secara berjemaah ( potluck).
[Bergambar] Karnival Kokurikulum Tahap 2 JAIM
6 Mac 2013 : SR Arab JAIM Pernu telah menyertai Karnival Kokurikulum Tahap 2 SRA JAIM\SABK ARAB di Sekolah Rendah Agama Desa Ayer Molek. Pihak Sekolah telah menghantar rmurid bagi menyertai setiap kategori yang dipertandingkan.
[Bergambar] Selamat Datang Dan Selamat Berkhidmat Guru Baru
4 Feb 2013 : Hari ini merupakan hari perhimpunan rasmi sekolah bagi warga pendidik dan juga murid. Melalui perhimpunan rasmi segala berita dan maklumat terkini akan disampaikan kepada murid dan guru-guru. Selain sesi muhasabah dan laporan guru yang bertugas pada minggu lepas.
Berkaitan dengan itu, dalam perhimpunan rasmi pagi ini di SR Arab JAIM Pernu, telah dimaklumkan tentang kehadiran guru baru yang dibekalkan oleh kementerian. 5 dari kementerian dan 1 dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kesemuanya 6 orang. Sewaktu perhimpunan telah diadakan sedikit ta'aruf kepada warga sekolah.
[Bergambar] SR Arab JAIM Pernu Menyertai Kejohanan Ragbi Jemputan Antarabangsa BRC 10 Sebelah
2-3 Mac 2013 : Seramai 4 orang murid SR Arab JAIM Pernu telah terpilih mewakili negeri Melaka menyertai Kejohanan Ragbi Jemputan Antarabangsa BRC 10 Sebelah yang telah berlangsung di Kelab Ekuestrian Bukit Kiara, Kuala Lumpur.













